
makanan soto
My Blog List
-
-
Suhu kereta naik....11 years ago
-
Game Online11 years ago
-
Roti o roti....11 years ago
-
-
-
-
Saturday, October 26, 2013
Friday, October 25, 2013
buku dan baca
assalamialikum,

Buku dan baca
Saya bukan ulat buku 100%. Tetapi saya minat membaca. Dari dulu. Dari kecil-kecil lagi sudah minat membaca. Abang saya selalu beli surat khabar dan novel. Sebab itu saya suka membaca. Banyak genre juga.
Kawan sekampung yang berjiwa seni dan patriotik telah menyelar saya. Mengapa mengagung-agungkan novel hasilan bukan tempatan (barat). Bacalah novel tempatan, kita ada ramai penulis yang bagus katanya. Tetapi dia mungkin tidak tahu, bahawa novel terawal yang saya baca ialah hikayat 1001 malamiaitu ketika berumur 8 tahun. Selepas itu ada banyak lagi novel yang saya baca, termasuklah novel Salina yang dibaca ketika berumur 12 tahun, karya-karya Azizi Abdullah, Usman Awang, Othman Puteh dan lain-lain. Tetapi novel yang banyak memberi inspirasi kepada penulisan saya ialah hasil tulisan Tamar Jalis, si penulis kisah-kisah mistik. Garapan penulisan yang tidak berat dan penggunaan kata ganti diri nama 'saya' telah banyak memberi inspirasi. Di samping itu, kisah-kisahnya juga begitu dekat dengan masyarakat melayu. Bagi saya, Tamar Jalis adalah antara penulis yang setanding dengang J.K Rowling!
Namun saya tak pernah beli novel cinta komersial zaman moden seperti yang banyak di pasaran sekarang ini. Jangan tanya saya penulis novel cinta komersial tempatan, saya tidak pernah kenal. Saya hanya suka dengan novel tempatan yang lebih berwajah dewasa dan sentimental seperti A.Samad Said, Abdullah Hussin dan Arenawati. Penulis baru saya belum jumpa. Atau mungkin juga saya tidak mencari. Ya, salahkanlah saya. Tetapi saya tidak pernah memandang rendah pada penulis tempatan. Saya tahu ada penulis muda yang berbakat besar seperti Faisal Tehrani dan Hilal Asyraf.

soto
Assalamaualaikum,
Firstly, selamat berhujung minggu sumer kat sini.
Secondly, infi tingin nak masak soto this weekend tp infi tak pandai nak buat sup soto and cili kicap tuh....ader sesaper leh kongsi resepi tak?
Thanks....:tq:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soto
Bahan-bahan Untuk Kuah:
1 ekor ayam (berat 3kati)
2 biji bawang besar
1 sudu besarjintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
5 mangkuk air anggaran 6 liter
Minyak untuk menumis
Halia 1inci
3 biji bawang merah
Garam & serbuk perasa
Cara:
Giling halus jintan manis,jintan putih & ketumbar biji. Asingkan ke dalam mangkok.Bahan-bahan yang lain seperti bwang putih,halia,bawang besar dimayang halus.Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg dimayang tadi.Tumis hingga sebati masuk air,dan ayam.

ANEKA RESEPI SOTO
Salam untuk semua,Firstly, selamat berhujung minggu sumer kat sini.
Secondly, infi tingin nak masak soto this weekend tp infi tak pandai nak buat sup soto and cili kicap tuh....ader sesaper leh kongsi resepi tak?
Thanks....:tq:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soto
Bahan-bahan Untuk Kuah:
1 ekor ayam (berat 3kati)
2 biji bawang besar
1 sudu besarjintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
5 mangkuk air anggaran 6 liter
Minyak untuk menumis
Halia 1inci
3 biji bawang merah
Garam & serbuk perasa
Cara:
Giling halus jintan manis,jintan putih & ketumbar biji. Asingkan ke dalam mangkok.Bahan-bahan yang lain seperti bwang putih,halia,bawang besar dimayang halus.Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg dimayang tadi.Tumis hingga sebati masuk air,dan ayam.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka bicara
SELAMAT DATANG ke blig saya. Terima Kasih kerana sudi melayani blok saya.Blog ini dihasilkan untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui dan jyga tauladan
yang dapat kita jadikan panduan hidup daripada mereka
yang telah berpengalaman daripada saya.
Rajin - rajin lah berkunjung ke blog saya untuk mendapat
kisah - kisah terbaru. Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah anda tinggalkan diruang yang telah saya sediakan.
Dari semasa ke semasa saya akan selalu mengemaskini blog saya ini.
Sekian Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)