Saturday, October 26, 2013

gubahan hantaran

gubahan barang pengantin untuk pasangan yang ingin mendirikan umah tangga

Gubahan Hantaran, Wedding Gift Decoration


Friday, October 25, 2013

buku dan baca

assalamialikum,

Buku dan baca

Saya bukan ulat buku 100%. Tetapi saya minat membaca. Dari dulu. Dari kecil-kecil lagi sudah minat membaca. Abang saya selalu beli surat khabar dan novel. Sebab itu saya suka membaca. Banyak genre juga.

Kawan sekampung yang berjiwa seni dan patriotik telah menyelar saya. Mengapa mengagung-agungkan novel hasilan bukan tempatan (barat). Bacalah novel tempatan, kita ada ramai penulis yang bagus katanya. Tetapi dia mungkin tidak tahu, bahawa novel terawal  yang saya baca ialah hikayat 1001 malamiaitu ketika berumur 8 tahun. Selepas itu ada banyak lagi novel yang saya baca, termasuklah novel Salina yang dibaca ketika berumur 12 tahun, karya-karya Azizi Abdullah, Usman Awang, Othman Puteh dan lain-lain. Tetapi novel yang banyak memberi inspirasi kepada penulisan saya ialah hasil tulisan Tamar Jalis, si penulis kisah-kisah mistik. Garapan penulisan yang tidak berat dan penggunaan kata ganti diri nama 'saya' telah banyak memberi inspirasi. Di samping itu, kisah-kisahnya juga begitu dekat dengan masyarakat melayu. Bagi saya, Tamar Jalis adalah antara penulis yang setanding dengang J.K Rowling!

Namun saya tak pernah beli novel cinta komersial zaman moden seperti yang banyak di pasaran sekarang ini. Jangan tanya saya penulis novel cinta komersial tempatan, saya tidak pernah kenal. Saya hanya suka dengan novel tempatan yang lebih berwajah dewasa dan sentimental seperti A.Samad Said, Abdullah Hussin dan Arenawati. Penulis baru saya belum jumpa. Atau mungkin juga saya tidak mencari. Ya, salahkanlah saya. Tetapi saya tidak pernah memandang rendah pada penulis tempatan. Saya tahu ada penulis muda yang berbakat besar seperti Faisal Tehrani dan Hilal Asyraf.














soto

Assalamaualaikum,

ANEKA RESEPI SOTO

Salam untuk semua,

Firstly, selamat berhujung minggu  sumer kat sini.

Secondly, infi tingin nak masak soto this weekend tp infi tak pandai nak buat sup soto and cili kicap tuh....ader sesaper leh kongsi resepi tak?

Thanks....:tq:


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Soto

Bahan-bahan Untuk Kuah: 
1 ekor ayam (berat 3kati)
2 biji bawang besar
1 sudu besarjintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
5 mangkuk air anggaran 6 liter
Minyak untuk menumis
Halia 1inci
3 biji bawang merah
Garam & serbuk perasa 



Cara: 


Giling halus jintan manis,jintan putih & ketumbar biji. Asingkan ke dalam mangkok.Bahan-bahan yang lain seperti bwang putih,halia,bawang besar dimayang halus.Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg dimayang tadi.Tumis hingga sebati masuk air,dan ayam.












SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka bicara


SELAMAT DATANG ke blig saya. Terima Kasih kerana sudi melayani blok saya.Blog ini dihasilkan untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui dan jyga tauladan 
yang dapat kita jadikan panduan hidup daripada mereka 
yang telah berpengalaman daripada saya.
Rajin - rajin lah berkunjung ke blog saya untuk mendapat 
kisah - kisah terbaru. Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah anda tinggalkan diruang yang telah saya sediakan.
Dari semasa ke semasa saya akan selalu mengemaskini blog saya ini.

Sekian Terima Kasih.